Kenapa dan Kenapa?
Thursday, July 11, 2013 ★ 11:20 PM │
Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al-Ankabut ayat 2-3).
Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-Baqarah ayat 286)
Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah Ali Imran ayat 139)
Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
(Surah al-Baqarah ayat 45)
Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?
"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal"
(Surah at-Taubah ayat 129)
Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"
(Surah at-Taubah ayat 111)
Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!
"...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)
Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah ayat 5-6)
Bersabarlah kawan. Sesungguhnya apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Jangan terlalu cepat mengeluh dan menolak takdir tanpa kita berusaha untuk bersabar dgn setiap ujian yang diturunkan buat kita..
wallahualam...
Allah Tak Uji, Kalau kita Tak Mampu
★ 12:54 AM │
Bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, min masih diberi kesempatan untuk update blog yang sudah lama bersawang. Blog ni bila min tak tahu mana nak luah kat sinilah tempatnya, bila min tak tahu kat mana nak bercerita, blog inilah yang min cari.
Seperti yang diketahui, sudah 20 hari arwah abah meninggalkan kami sekeluarga kembali mengadap penciptaNYA.Terlalu cepat, pantas dan sekelip mata. Itulah yang boleh diibaratkan ketika ini. Abah meninggalkan akibat menjadi mangsa langgar lari di Langkawi. Tempat beliau berkhidmat baru sahaja 6 bulan. Banyak petanda yang abah tinggalkan sebelum abah pergi. Tapi kami tak pernah perasan semua tu. Bila dah meninggal baru ada jawapan setiap kepada perubahan abah selama ini. Abah mula menjauh dari mama 4 hari sebelum abah pergi. Ketika mama selongkar beg abah, mama terjumpa air mawar. Selepas itu, semasa abah melawat tok kat kampung, dia turut melawat semua saudara mara yang lain. Seolah-olah dia tahu sebenarnya dia sudah nak pergi.
Min terima panggilan pada pukul 1 :55 pagi hari Jumaat. Masa tu min tak tidur sebab baru habis selesai basuh baju. Min tengah main game tetiba adik Mirul telefon. Min pelik. Sebab tengok jam dah lewat. BIla min angkat, adik cakap yang abah kemalangan dan kritikal. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana min rasa ketika itu. Tanpa tunggu lama, min terus ambil air wuduk dan nak solat hajat. Semasa nak mengangkat takbir tu, sekali lagi min dapat panggilan telefon dan kali ini abang yang bercakap. Dia bagitahu supaya min bersabar dan cakap, "Min, abah dah tak ada." Allahuakbar. Ketika itu min rebah. Min langsung tidak percaya dan min tak nak percaya. Pastu kawan call abang dan dia sahkan memang abah dah tak ada. Min menangis semahu-mahunya. Terlalu cepat. Ketika itu fikiran Min terus teringatkan mama yang terpaksa menanggung sensorang kat Kedah sebab masa tu min masih ada kat Shah Alam. Ketika itu jugaklah mula terdetik,
"kenapa aku yang kau pilih untuk terima semua ni? Aku tak mampu. Aku tak redha"
Min kali terakhir cium, peluk dan jumpa abah adalah pada 2/6/2013 iaitu dimana abah hantar min untuk mendaftar di UITM Puncak Perdana. Masih terbayang lagi bagaimana min nangis dan merayu dengan abah supaya abah jangan balik dulu masa first day min daftar UITM. Mata abah min tengok berair. Min tahu abah pun sukar nak berpisah dgn Min. Pesanan yang terakhir abah pesan " Jangan lupa diri dan Belajar sungguh-sungguh." Min menangis bila abah dan family balik. Itulah kali terakhir Min berjumpa dengan abah. Dia hanya sempat hantar min untuk masuk daftar ke UITM tanpa sempat abah melihat min mengenggam segulung diploma untuk abah sebab itulah yang abah mahu-mahukan dari dulu. Abah cakap dia teringin nak tengok anak-anak dia pakai topi senget ( grad) tapi ajal di tangan DIA. Abah, DIA ambil dulu.
Perasaan ketika itu, sukar dinafikan. Min memang down sangat-sangat lagi-lagi min dok jauh. Min merintih dan menidakkan takdir. berbagai-bagai soalan yang menerjah di minda.
"kenapa ALLAH ambil abah?"
"kenapa aku?"
"tidak orang lain?"
dan berbagai-bagai lagilah yang membuatkan bila aku terfikir balik, aku malu. Malu sangat. Malu bila min seolah-olah tidak percaya yang ALLAH itu adil. Apa yang DIA beri itu adalah yang terbaik dan pastinya terselit beribu hikmah yang kita tidak tahu.
dari situ min mula bermuhasabah diri. min mula teringatkan yang ALLAH tak akan uji seseorang melebihi kemampuan seseorang.
sesungguhnya ujian dan dugaan itu akan mengajar kita erti kehidupan. Setiap ujian itu akan mematangkan hidup kita. Kalau dulu min cakap ujian ni terlalu berat untuk dihadapi tapi bila min tengok kwan min yang mula-mula hilang ibunya tapi selepas dua minggu dia kehilangan ayahnya mula, ternyata ujian yang ALLAH bagi min taklah seberat mana. Hanya picisan.
Tapi min tak bersyukur. Bila min fikir balik, kenapalah aku terlalu beremosi ketika itu? Kenapalah aku boleh merintih sebegitu sekali? kenapa dan kenapa? Terasa diri ini hina sangat. Menolak takdir ALLAH. min malu. Malu dengan ALLAH.
Buat sahabat, bila ditimpa ujian dan dugaan, marilah kita bersangka baik dengan ALLAH. setiap ujian dan dugaan pasti ada jalannya. Cuma itu cepat dan lambat sahaja.
Ingat!
Allah uji, Allah sayang!
Allah uji, Allah tahu itulah yang terbaik buat kita!
Allah uji, Allah tak akan uji melebihi kemampuan kita.!
Jom mulakan hidup yang baru. Jangan cepat mengalah, jangan cepat melatah.
wallahualam...
-- AL-Fatihah buat arwah abah saya. Semoga arwah aman di sana. InsyaALLAH. Abah, min rindu abah... --
Pengalaman Ambil Keputusan SPM
Wednesday, March 20, 2013 ★ 1:22 AM │
Assalamualaikum w.b.t
dah lama dah aku tak menulis blog. selalunya aku guna blog aku untuk post cerpen dan e-novel saja tapi disebabkan memang tak ada dah cerita baru aku tergerak hati pula nak menulis blog hari ni.
Esok 21 Mac 2013 tarikh keputusan SPM 2012 keluarkan? Jadi aku nak ambil kesempatan tu nak ucapkan kepada semua adik-adik yang bakal menerima keputusan SPM esok hari. Apa jua keputusan yang adik-adik dapat, terima dengan hati yang terbuka. Kalau lulus dengan cemerlang, Alhamdulillah dan kalau keputusan biasa-biasa saja, jangan pernah putus asa.Sebab SPM hanyalah merupakan satu jalan untuk kita nak tahu arah masa depan kita bukannya bila SPM gagal, hidup adik-adik akan gagal. Masa depan tak terletak pada keputusan SPM tau. Semua tu telah ditentukan oleh ALLAH S.W.T.. okey?
Jadi hari ni aku nak ceritalah pengalaman aku ambil keputusan SPM tahun lepas..SPM 2011.. lawak pula bila ingat balik pengalaman ni tau. 3 hari sebelum tarikh diumumkan keputusan SPM aku dah tak boleh nak tido. Buat semua benda apa pun tak kena. Duduk tak kena, berdiri tak kena dan semuanyalah. Dan 3 hari tulah aku jadi pendiam, termenung dan jadi budak baik. Duduk ja dalam bilik.
Esok nak ambil result SPM, malam tu aku tak tidur. Fikirkan apalah yang aku dapat esok. Kalau nak tau yang aku ketaq lutut sangat tu sebab aku study main-main ja masa SPM tu.. Trial aku teruk gila sbb tak study dan aku takut kalau SPM pun aku teruk juga. Malam tu lepas maghrib aku baca Yassin 3x dan pada tengah malam aku solat hajat. Aku ketaq gila-gila dan aku rasa macam tak mau p ambik ja keputusan tu esok. Tetiba dengar ayam berkokok.. Tudia dah pagi weyh... apa lagi, aku nangislah. Memang bila aku takut sangat, aku akan nangis... Terapilah nak tenangkan hatilah kononnya... haha
Selalunya sebelum ni kalau UPSR dan PMR, akulah antara yang terawal pergi sekolah. Keputusan keluar pukul 10, pukul 8 : 30 mcm tu aku dah ada di sekolah. Aku tak pi dengan kwan-kawan. Aku gi dengar mama dan abah aku sebab abah dan mama aku mmg kalau aku nak ambil result, abah akan minta cuti. Aku tabik spring dengan mama abah yg ni... Tapi hari nak ambil result SPM tu, aku tak ada semangat langsung nak pegi sekolah. Kawan-kawan dah banyak hantar mesej tya bila nak mai, bila nak mai.. Aku buat tak endah ja.. memang kalau boleh aku tak mau p...
Dalam pukul 11 pagi macam tu, abah aku balik kerja. Abah kata cepat pegi siap. Aku cakap takut, abah cakap buat-buat dah. Apa pun keputusan, hang kena terima sajalah. Abah aku ni buat takutkan aku. sedih pulak dengar ayat abah tu. Kalau nak tau, apa yang aku takut adalah takut dapat result teruk dan takut mengecewakan abah dan mama yang sememangnya meletak pengharapan penuh atas bahu aku. Aku pun dah berjanji kat mama abah aku yang aku akan jadi antara pelajar cemerlang sekolah. Kalau dah janji kena tepatikan? haaa, itulah yang aku takut....
Tet tet tet tet...
bunyi mesej masuk. Aku ingatkan mesej biasa dari kawan-kawan yang tanya awat aku tapi ini mesej lain. Memang dari kawan aku juga tapi mesej dia berbunyi macam ni " Min, hang kena mai jugak sekarang", aku bertambah ketar perut... Aku balas dan aku tanya kenapa dan kwn bagitau hang kena mai juga. Dan aku call terus kwn aku tu, dia cakap nama hang ada di papan kenyataan sekolah. Jeng, jeng... dan aku tak percaya selagi aku tak tengok betul2...
smpai kat sekolah, macam nak terkeluar ja jantung ni tau.. memang resah gila. aku pegang tangan mama aku. Tanda kekuatan. Masa berjalan ke dewan tu, aku tersrempak dengan kwn baik aku. Dia nangis-nangis. aku tanya kenapa, dia cakp nanti bagitau sebab dia nak mak dia org pertama yg tau result dia.. Lemah longlai kaki aku ni beb. Kalau berperang pun tak takut macam ni aku rasa...agaknyalah..hahaha... aku langkah masuk dlm dewan dengan Bismillah dan jalan ke kaunter yang telah diagihkan kelas masing-masing.
Masa nak ambil keputusan tu aku kena tahan... hahaha.. aku pinjam novel perpustakaan tak bagi balik dan aku tak bayar yuran tusyen.. Jadi keputusan aku kena sekat. Pulak! Aku lupa nak setel semua tu. Padan muka aku. Cikgu tgk muka aku, dan cikgu kata jangan risau. Aku tanya lagi tunjuk sikit ja sbb aku tak mau terlalu teruja dgn apa yg kawan aku bagitau tadi. Dan cikgu cakap, Alhamdulillah!
Aku peluk mama abah aku sambil nangis. Tacing sikit,...heee... bersyukur sangat-sangat dengan apa yg aku dapat dan janji aku dapat aku tepati. Yang paling aku gembira adalah melihat muka mama dan abah yang tersenyum melihat apa yg aku dapat. Aku bersyukur! Terima kasih ya ALLAH... dan aku tunaikan nazar aku nak berpuasa 3 hari kalau dapat keputusan yg cemerlang... Alhamdulillah...
barisan pelajar cemerlang SPM 2011
Hari aku dapat anugerah dari sekolah, aku curi-curi tangkap. hehe..
Hadiah yg aku dapat dari abah adalah Gitar. Aku sayang gitar tu macam aku sayang diri aku. Aku akan simpan smpai bila-bila. InsyaALLAH...
Tapi untuk pengetahuan, adik2 smpai sekarang aku belum lagi sambung belajar. Dulu sekali aku pernah tolak tawaran belajar sebab ada masalah keluarga dan tahun ni aku apply lagi. Moga-moga ada rezeki untuk aku. Kalau tidak, mungkin aku akan bekerja saja. Aku redha saja sekarang. Usaha dah, cuma tawakal dan doa. Tak semestinya org yg smbung study tu berjaya, dan org tak mengaji tinggi tak berjaya tau. Aku klau tak ada rezeki nak smbung, aku akan buktikan yg semua tu hanyalah mitos dan hanya anggapan sesetengah pihak.
Rezeki aku di tangan ALLAH dan aku yakin ALLAH sedang aturkan yang terbaik untuk aku.
Apa-apa pun good luck untuk semua....
Semoga semuanya dapat keputusan yang cemerlang..
InsyaALLAH..
AAMIIN....
Sunday, August 26, 2012 ★ 11:01 AM │
|