Photobucket
Dream High
click on the dropdown menu to navigate through this blog

Allah Tak Uji, Kalau kita Tak Mampu
Thursday, July 11, 2013 ★ 12:54 AM │ (0) angels
Bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, min masih diberi kesempatan untuk update blog yang sudah lama bersawang. Blog ni bila min tak tahu mana nak luah kat sinilah tempatnya, bila min tak tahu kat mana nak bercerita, blog inilah yang min cari. 

Seperti yang diketahui, sudah 20 hari arwah abah meninggalkan kami sekeluarga kembali mengadap penciptaNYA.Terlalu cepat, pantas dan sekelip mata. Itulah yang boleh diibaratkan ketika ini. Abah meninggalkan akibat menjadi mangsa langgar lari di Langkawi. Tempat beliau berkhidmat baru sahaja 6 bulan. Banyak petanda yang abah tinggalkan sebelum abah pergi. Tapi kami tak pernah perasan semua tu. Bila dah meninggal baru ada jawapan setiap kepada perubahan abah selama ini. Abah mula menjauh dari mama 4 hari sebelum abah pergi. Ketika mama selongkar beg abah, mama terjumpa air mawar. Selepas itu, semasa abah melawat tok kat kampung, dia turut melawat semua saudara mara yang lain. Seolah-olah dia tahu sebenarnya dia sudah nak pergi. 

Min terima panggilan pada pukul 1 :55 pagi hari Jumaat. Masa tu min tak tidur sebab baru habis selesai basuh baju. Min tengah main game tetiba adik Mirul telefon. Min pelik. Sebab tengok jam dah lewat. BIla min angkat, adik cakap yang abah kemalangan dan kritikal. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana min rasa ketika itu. Tanpa tunggu lama, min terus ambil air wuduk dan nak solat hajat. Semasa nak mengangkat takbir tu, sekali lagi min dapat panggilan telefon dan kali ini abang yang bercakap. Dia bagitahu supaya min bersabar dan cakap, "Min, abah dah tak ada." Allahuakbar. Ketika itu min rebah. Min langsung tidak percaya dan min tak nak percaya. Pastu kawan call abang dan dia sahkan memang abah dah tak ada. Min menangis semahu-mahunya. Terlalu cepat. Ketika itu fikiran Min terus teringatkan mama yang terpaksa menanggung sensorang kat Kedah sebab masa tu min masih ada kat Shah Alam. Ketika itu jugaklah mula terdetik, 

"kenapa aku yang kau pilih untuk terima semua ni? Aku tak mampu. Aku tak redha" 

Min kali terakhir cium, peluk dan jumpa abah adalah pada 2/6/2013 iaitu dimana abah hantar min untuk mendaftar di UITM Puncak Perdana. Masih terbayang lagi bagaimana min nangis dan merayu dengan abah supaya abah jangan balik dulu masa first day min daftar UITM. Mata abah min tengok berair. Min tahu abah pun sukar nak berpisah dgn Min. Pesanan yang terakhir abah pesan " Jangan lupa diri dan Belajar sungguh-sungguh." Min menangis bila abah dan family balik. Itulah kali terakhir Min berjumpa dengan abah. Dia hanya sempat hantar min untuk masuk daftar ke UITM tanpa sempat abah melihat min mengenggam segulung diploma untuk abah sebab itulah yang abah mahu-mahukan dari dulu. Abah cakap dia teringin nak tengok anak-anak dia pakai topi senget ( grad)  tapi ajal di tangan DIA. Abah, DIA ambil dulu. 

Perasaan ketika itu, sukar dinafikan. Min memang down sangat-sangat lagi-lagi min dok jauh. Min merintih dan menidakkan takdir. berbagai-bagai soalan yang menerjah di minda. 

"kenapa ALLAH ambil abah?"
"kenapa aku?" 
"tidak orang lain?"

dan berbagai-bagai lagilah yang membuatkan bila aku terfikir balik, aku malu. Malu sangat. Malu bila min seolah-olah tidak percaya yang ALLAH itu adil. Apa yang DIA beri itu adalah yang terbaik dan pastinya terselit beribu hikmah yang kita tidak tahu. 

dari situ min mula bermuhasabah diri. min mula teringatkan yang ALLAH tak akan uji seseorang melebihi kemampuan seseorang. 

sesungguhnya ujian dan dugaan itu akan mengajar kita erti kehidupan. Setiap ujian itu akan mematangkan hidup kita. Kalau dulu min cakap ujian ni terlalu berat untuk dihadapi tapi bila min tengok kwan min yang mula-mula hilang ibunya tapi selepas dua minggu dia kehilangan ayahnya mula, ternyata ujian yang ALLAH bagi min taklah seberat mana. Hanya picisan. 

Tapi min tak bersyukur. Bila min fikir balik, kenapalah aku terlalu beremosi ketika itu? Kenapalah aku boleh merintih sebegitu sekali? kenapa dan kenapa? Terasa diri ini hina sangat. Menolak takdir ALLAH. min malu. Malu dengan ALLAH. 

Buat sahabat, bila ditimpa ujian dan dugaan, marilah kita bersangka baik dengan ALLAH. setiap  ujian dan dugaan pasti ada jalannya. Cuma itu cepat dan lambat sahaja. 

Ingat! 

Allah uji, Allah sayang!
Allah uji, Allah tahu itulah yang terbaik buat kita!
Allah uji, Allah tak akan uji melebihi kemampuan kita.!

Jom mulakan hidup yang baru. Jangan cepat mengalah, jangan cepat melatah. 

wallahualam... 

-- AL-Fatihah buat arwah abah saya. Semoga arwah aman di sana. InsyaALLAH. Abah, min rindu abah... --

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Pieces Of Me
meet the big beauty boss

I am Syarmin and this is my blog, it's mine.i eighTEEN years old. I have abah and mama. I love them very much. I have 2 brothers and 2 younger brothers. I love them too. I crazy and weird. sometimes I cried and sometimes I laugh like a ******. I open-minded but for certain cases only. I am simple person, friendly, funny. I"m single. That is better at the moment. this is not a right time to think about love. It just my "Pendirian".I hope I get 5 A" and above for SPM. I want my parents proud. My english writing so bad, I know.I not expert in English. I always get C or B in my english paper. I hope u all enjoys and always smile. :) c)
Tagboard
leave your message here and i'll pay you a visit later

Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Facebook syarmin
Twitter syarmin
Tumblr syarmin
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells